Tentang
Platform pendidikan kewangan percuma untuk rakyat Malaysia yang mahu urus duit, bersedia untuk persaraan dan melabur dengan lebih yakin.

Setiap rakyat Malaysia berhak faham duit sendiri, tanpa perlu fasih jargon atau membayar untuk belajar.
Ramai rakyat Malaysia mahu merancang kewangan dan persaraan, tetapi maklumat yang ada sering sukar difahami, dalam bahasa Inggeris, atau datang daripada pihak yang mahu menjual sesuatu.
PencenBijak wujud untuk mengubah itu. Kami terangkan simpanan, pelaburan, persaraan dan cara mengelak scam dalam Bahasa Melayu yang mudah, supaya anda boleh membuat keputusan sendiri dengan lebih sedar.
Kandungan PencenBijak ditulis dan disemak oleh Pasukan Editorial PencenBijak berdasarkan sumber rasmi seperti KWSP, SC, BNM dan PNB.
Percuma, tanpa syarat tersembunyi.
Kepercayaan anda lebih penting daripada sebarang komisen. Baca butiran penuh dalam dasar kami.
Tiada bayaran, tiada syarat tersembunyi. Pilih kursus dan belajar mengikut masa anda sendiri.
Pendidikan am sahaja, bukan nasihat pelaburan. Prestasi lalu tidak jamin hasil masa depan.